Topik :

 

Search Malaya dibina bagi menyenaraikan setiap halaman blog, forum, shopping cart, atau apa sahaja jenis website yang dibina oleh anak-anak Malaysia. Sekaligus mempromosikan sehingga ke peringkat Antarabangsa, khususnya Malaysia. Maklumat lanjut Klik Disini

 

 

 

 

 

Daftar Laman Web (Add Url) anda untuk dimasukkan kedalam senarai carian enjin carian kami. Klik disini

 

 

 

 

 

Jika anda telah mendaftar dan meletakkan kod pada laman web anda. Anda akan melihat laman web anda di senaraikan halaman khas. Untuk melihat link laman web anda Klik disini

 

 

 

 

 

Sekiranya anda mahukan carian yang lebih tepat, sila letakkan tanda (+) sebelum perkataan yang ingin dicari, contoh:-

 

+bola sepak

+kucing +berjalan +kaki +satu

+kucing berjalan +kaki satu

 

ini bermakna dalam keputusan enjin carian pasti ada perkataan yang ada tanda (+) sebelumnya.

 

 

 

Flag Counter

 

 

 

 

LATAR BELAKANG

PENGENALAN

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia,

Laman Web Search Malaya adalah merupakan laman web yang lama bertapak dalam dunia ICT. Untuk makluman saudara/i yang saya kasihi. Laman web asal search malaya adalah di alamat yang tertulis search-malaya pada URL asal. Ianya sememangnya popular dengan penyertaan ribuan laman web anak-anak Malaysia. Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, namun hujan ditengahari kata peribahasa orang Melayu, laman web tersebut mengalami masalah teknikal dan kehilangan sebahagian script yang dibina dahulu.

Pada masa itu memang agak terasa letih, ditambah kerja rutin yang menyibukkan melupakan saya untuk menyambung membina semula laman web ini. Oleh kerana Malaya merupakan nama lama dan hanya tinggal sejarah, saya telah menukarkan URL kepada search-malaysia supaya senang sedikit terpapar di halaman search engine seperti google, yahoo dan sebagainya.

 

TUJUAN SEARCH MALAYA

Search Malaya namanya masih dikekalkan dalam kata-kata logo kerana itulah mengingatkan zaman kerajinan saya mewujudkan pelbagai laman web untuk kepuasan diri. Nostalgia tetap nostalgia tetapi tujuan tetap sama.

Search Malaya dibina semula atas usaha sepertimana dahulu untuk saudara/i mendaftar dan menyenaraikan laman web saudara/i bukan sahaja untuk suka-suka, tetapi sebagai langkah mempromosikan laman web saudara/i ke enjin carian yang lain seperti google dan sebagainya. Saudara/i akan mendapati semua halaman aktif dalam laman web saudara/i di index oleh laman web Search Malaya dan menjadi medium seperti backlink kepada website saudara/i. Berdasarkan pemerhatian saya, mana-mana website yang tersenarai disini juga akan diindex oleh google misalnya.

Berdasarkan traffic melalui statistik "bot" yang melawat laman web ini seperti Googlebot, Yahoo Slurp, MSNBot-media, Alexa (IA Archiver), Netcraft danbot yang tidak diketahui telah mengunjungi laman web ini secara harian dan semakin hari semakin kerap setiap hari. Oleh itu jika laman web anda masih baru, anda digalakkan mendaftar dan meletakkan kod search Malaya ke laman web anda supaya secara automatik ianya tersenarai di laman web ini dan seterusnya apabila "bot" mengunjungi laman web ini, laman web anda akan diberikan perhatian dan diindex pula oleh "bot" ini. Inilah yang dipanggil website marketing dan juga membantu search engin lain lebih cepat menyenaraikan laman web anda.

Banyak juga traffik yang datang ke laman web search Malaya. Samaada dari enjin carian lain atau melalui banner dari kod yang anda pasang di laman web Saudara/i. Cara begini Saudara/i dan juga empunya laman web yang juga meletakkan kod search Malaya akan dapat berkongsi pelawat. Ini membantu pelawat dalam mencari laman web anak-anak malaysia yang lain dan membantu Saudara/i meningkatkan traffik ke laman web Saudara/i.

Saudara/i juga dapat melihat senarai-senarai laman web yang ada disini dan melihat kedudukan laman web Saudara/i. Jika saudara/i lihat disini Klik disini , saudara/i akan dapati senarai laman web disusun mengikut jumlah hits iaitu jumlah lawatan pelawat dilaman web masing-masing. Saya percaya ini akan membantu saudara/i mengetahui tahap kepopularan laman web saudara/i dan saya percaya saudara/i akan berusaha lebih gigih untuk berada di carta teratas.

 

ASAL-USUL SEARCH MALAYA

Search Malaya merupakan salah satu sub dari aisbird.com . Untuk pengetahuan Saudara/i sekalian, laman web aisbird.com sudah wujud sejak tahun 2002 lagi. Sepertimana masalah teknikal yang berlaku pada aisbird.com juga menjejaskan laman web search Malaya pada ketika dahulu. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah melupakan hasrat saya untuk membangunkan semula laman web ini. Apa yang pasti laman web ini tetap berada online sejak tahun 2002 tetapi dengan format yang berlainan. Kalau dahulu kebanyakan webmaster perlu mengisi URL, diskripsi, tajuk sebagainya pada borang online dan menekan butang submit barulah link tersebut dimasukkan. Tetapi bilangan link yang disenaraikan mengikut berapa banyak link yang ditaip satu persatu. Jika ada halaman baru webmaster perlu mengisi borang lain untuk setiap URL baru.

Kini konsep sudah berubah dan lebih mudah. Search Malaya sudah menggunakan kod. Dan laman web seperti blogspot, wordpress memudahkan kod ini dimasukkan sekali sahaja tetapi dipaparkan ke semua halaman yang ada dilaman web tersebut. Konsep kod ini akan membantu penyenaraian laman web saudara/i lebih mudah, cepat dan secara automatik sentiasa dikemaskini.

 

AKHIR KATA

Saya berterima kasih seandainya mana-mana webmaster atau empunya laman web menggunakan laman web ini dna mendaftar di enjin carian ini. Penglibatan saudara/i sebagai ahli enjin carian search Malaya memberikan saya rasa bangga dan rasa berbaloi dan memberi semangat untuk menambahbaik lagi laman web ini dengan idea yang baru dan lebih canggih pada masa akan datang. Bak kata pepatah "bersatu itu teguh, bercerai itu roboh" . Dengan ini saya sudahi latar belakang ini dengan ucapan terima kasih.

 

Yang Benar

Admin Search Malaya