Keyword = www.teknikusahawaninternet.blogspot.my (0)        Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Teknik Usahawan Internet: Kelebihan produk digital di internet

Monday, April 22, 2013

Kelebihan produk digital di internet

Percaya atau tidak, produk digital adalah produk yang paling mendapat sambutan dan kerana pasarannya yang luas, ianya akan sentiasa mendapat sambutan.


Kenapa produk digital?

Kerana cara untuk menghasilkannya sangat mudah dan cepat. Percaya atau tidak, anda mampu menghasilkan 1 produk digital hanya dalam tempoh 30 hari.

Bila sudah pakar anda akan mengambil masa 15 hari sahaja untuk menghasilkan produk digital.

Bukankah ianya sesuatu yang menarik?

Anda hanya perlu berkerja 30 hari kemudian bercuti selama 6 bulan. Itulah antara cara berkerja yang dilakukan hampir semua usahawan internet.

Jadi saya nasihatkan anda memulakan perniagaan internet dengan menjual produk digital.


Kelebihan menjual produk digital

Ianya cepat, ringkas dan mudah untuk dicipta. Jika anda pandai menulis, merakam audio
atau merakam video, semuanya akan menjadi mudah. Produk digital hanya dicipta sekali sahaja, tiada kos lain. anda cipta kemudian jual seberapa banyak unit yang anda mahu. Produk digital tidak perlu dihantar secara pos, jadi penjimatan telah berlaku di sini. anda hanya perlu memberi pautan muat turun kepada pelanggan anda.

Hampir keseluruhan sistem perniagaan anda menjadi automatik, tugas anda hanya perlu hantar link muat turun selepas pelanggan membelinya. Anda akan menerima keuntungan 100% kerana tiada kos tambahan. Sebab itulah ramai yang memilih untuk menjual produk digital.


Download Produk Internet Percuma


Antara beberapa kategori produk digital
adalah seperti berikut :


1. Produk affiliate

Produk affiliate juga kebanyakannya adalah produk digital, jadi anda boleh ambil peluang ini dan buat duit dengan mudah. Anda tidak perlu membina laman web, tidak perlu menghasilkan produk dan tidak perlu menguruskan pelanggan anda.


2. Produk Resale Rights (RR)

Produk Resale Rights (RR) adalah produk yang diberi hak jualan. Ini bermakna, anda beli sekali, kemudian anda jual produk tersebut dan ambil keuntungan 100%. Tidak seperti produk affiliate yang mana
keuntungan anda bergantung pada komisen yang diberikan oleh tuan punya produk.


3. Produk Private Label Rights (PLR)

Produk ini juga hampir sama dengan produk Resale Rights, anda beli kemudian jual dan kaut semua keuntungan. Tetapi, apa yang lebih menarik, anda boleh menjadikan produk ini sebagai produk anda sendiri. Anda boleh menukar isi kandungan produk dan meletakkan nama anda sebagai tuan punya produk. Jadi anda sekali lagi tidak perlu mencipta produk dan tidak perlu lagi membina laman web. Kebanyakan produk PLR sudah disediakan dengan laman web. Jadi anda hanya perlu promosi dan ambil semua keuntungan.


4. Mencipta produk sendiri

Ini adalah bahagian yang paling menarik. anda cipta produk sendiri, kemudian jual. Mencipta produk sendiri mempunyai kelebihan yang tinggi. Anda adalah tuan punya produk, jadi apa sahaja yang anda mahu lakukan pada produk anda, terpulang kepada diri anda sendiri. Anda berkuasa sepenuhnya.anda boleh mulakan affiliate program sendiri. anda boleh lantik mana-mana ejen/affiliate untuk menjual produk anda. anda akan lihat bagaimana dengan cara ini akan membuatkan kadar keuntungan jualan produk anda berlipat
ganda. anda dapat membina kredibiliti perniagaan internet anda, selain itu ia juga menaikkan nama anda
Dengan mencipta produk anda sendiri, anda akan dapat mengenal pasti siapa sasaran pasaran anda. Jadi lebih mudah untuk menjual. Tiada yang lebih baik daripada menjual produk sendiri. Saya pasti anda akan dapat menikmati satu kepuasan yang unik apabila berjaya menjual produk anda sendiri. anda boleh lihat bagaimana salah seorang usahawan internet menjana wang RM141,320 dalam masa 10 hari. Ikuti
kisah mereka di laman ini :

Download Produk Internet Percuma

Jadi Ejen Produk Malaysia

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik Sini  

No comments:

Post a Comment