Keyword = www.nasriq47.blogspot.com (0)        Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Inspirasi hati: FUHH....!!!! BACA SAMPAI HABISSS

Sunday, 21 February 2016

FUHH....!!!! BACA SAMPAI HABISSS

KISAH MISTIK DI KAWASAN BANDAR2  JOHOR BAHRU

       Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
       Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis..  Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
       Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.
       Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
       Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..

Cerita 1, Lokasi Masai.

       Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan 'berpenghuni'Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan 'berpenghuni'  Tahukah korg bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
       Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan.. Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.
        Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
       Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..

Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)

       Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido – Danga Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido - Danga  Kalau rasa berani sangat, try la 'berhijrah' ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari.. http://www.youtube.com/watch?v=fQ1omgTq-rk
       Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..
       Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..
       Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..
       Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..
       Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja.. http://www.youtube.com/watch?v=h7RRI2oelY0 kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..

Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor

Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
       Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?
       Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..
     SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru.SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru. Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya.
       Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
       Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!

Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting

       Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
       Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
       Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..

       Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

No comments:

Post a Comment