Keyword = www.kata2hikmah.blogspot.my (0)        Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Kata kata hikmah: 2013

Tanda-Tanda Kasih Sayang Tuhan

Melihat benda yang indah

Seperti melihat sesuatu yang hijau lambang kasih sayang Allah

Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu

tanda kasih sayang Tuhan

Setiap detik kita menghirup oksigen tanda cinta-Nya kepada kita

Kita boleh berhibur diantara suami isteri adalah kasih sayang-Nya

Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya

Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayang-Nya

Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan

termasuk kasih sayang-Nya

Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkan-Nya kita

Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi segar semula badan kita

Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan

Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar juga kasih sayang-Nya

Juga apa yang dapat difikirkan, yang dapat dibaca menjadi ilmu semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan

Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru dijumpa

adalah kasih sayang Tuhan kepada kita

Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita

Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita

Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat

dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang

Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayang-Nya

Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya

Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya

Rasa rindu menyembahNya, memuja dan membesarkan-Nya

Kita akan jadikan Dia Kawan Setia

Kita terhibur dengan-Nya dan kita tidak akan melupakan-Nya

Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita?

Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya?

Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

[Continue reading...]

Bila Belajar Kerana Jawatan


Apabila kebanyakan manusia telah diasuh dari kecil lagi oleh ibu bapanya, guru-gurunya, masyarakatnya, pemerintahnya bahkan cita-cita diri sendiri
Bahawa belajar itu dengan tujuan jawatan, mencari nama, kekayaan dunia, kemegahan dan pangkat kebesaran
Sudah tentu buahnya akan lahirlah nanti manusia
Di kalangan bangsa di negara ini
Doktor-doktor yang mementingkan diri
Ahli-ahli undang-undang yang mementingkan diri
Ahli ekonomi yang mementingkan diri
Ahli politik yang mementingkan diri
Ahli pentadbir yang mementingkan diri
Ahli sains yang mementingkan diri
Ahli sastera yang mementingkan diri
Ahli pasukan keselamatan mementingkan diri
Kesannya orang awam atau rakyat jelata akan menjadi sasaran negatif
Timbul kegelisahan di dalam masyarakat oleh sikap golongan tadi
Itulah dia gejala masyarakat yang kebanyakan manusia tidak sedari
Bila lahir gejala masyarakat dari golongan yang menjadi penyebab gejala itu terjadi
Golongan itu pulalah yang bangun kononnya hendak menangani gejala masyarakat
Bolehkah gejala masyarakat menjadi baik?!
Apabila gejala masyarakat telah kronik
Kejahatan sudah merata negara
Golongan-golongan tadi juga akan menerima padah dan susahnya
Akhirnya keistimewaan-keistimewaan yang ada tidak ada apa-apa ertinya
[Continue reading...]

Memahami Tuhan Melalui ReaksiNya


Walaupun Tuhan itu Zat yang Agung lagi mulia tidak dapat dilihat
Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murka-Nya dapat juga dikesan
Perhatian-Nya kepada kita boleh juga dibaca
Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa
Jika bersembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian
Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan  kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya
Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut
Air mata kita pun berguguran
Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita
Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala telah dikurniakan kepada kita
Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha
Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya
Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka
[Continue reading...]

Didikan Tuhan



Didikan Tuhan kepada manusia sungguh sistematik dan menarik
Indah, ada hujah, berkesan dan menyedarkan manusia
Mula-mula dia inginkan rahmat dan nikmat-Nya hingga terasa kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya
Selepas itu dia suruh hamba-hamba-Nya bersyukur kepada-Nya dengan memuji-muji-Nya tanpa berkongsi pujian dengan makhluk-Nya
Sama ada memuji zat-Nya dan sifat-sifat-Nya mahupun rahmat... dan nikmat-Nya
Setelah itu Dia menyedarkan fikiran manusia dan mengusik lagi fitrah mereka
Dengan mengingatkan manusia Dia adalah pencipta alam, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat semua
Hingga manusia tersentak lagi dibuat-Nya, terasa lagi kehebatan-Nya
Tuhan tubi lagi fikiran dan fitrah manusia cara Dia memberi nikmat kepada manusia
Tuhan berkata, orang jahat diberi nikmat atas dasar pemurah-Nya serta istidraj-Nya atau murka-Nya
Cerita ini sangat menakutkan manusia hamba-hamba-Nya
Orang yang baik diberi nikmat atas dasar kasih sayang-Nya adalah khabar gembira dari Tuhannya kerana baik dan taqwanya seseorang itu maka Dia meredhakannya
Selepas itu Tuhan susul lagi dengan memperlihatkan kebesaran-Nya lagi kepada manusia
Tuhan memberitahu Dia adalah yang memiliki dan mempunyai kuasa mutlak tanpa berkongsi kuasa-Nya dengan makhluk-Nya
Setelah Tuhan mempromosi diri-Nya pada manusia secara bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat tanpa mengejut
Hingga manusia faham dan terasa Maha Agungnya Tuhan, dan Maha Berkuasanya Tuhan, Dia adalah segala-galanya
Setelah manusia terasa Dia adalah Tuhan dan Dia adalah tempat meminta
Maka barulah Allah Taala menyuruh menyembah-Nya dan meminta tolong kepada-Nya
Begitulah Tuhan (Allah) mendidik manusia yang para pemimpin, guru, ibu bapa mesti menirunya
Didikan Tuhan itu kalau dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, guru-guru, ibu bapa manusia itu mudah dididik ke arah mencintai, menakuti dan mentaati Tuhannya
[Continue reading...]

Bala Besar Dari Tuhan


Bala yang besar bukan gempa bumi, bukan ledakan gunung berapi, bukan banjir besar yang memusnah tapi ialah kekufuran di dalam diri atau di dalam hati
Bala yang disebutkan tadi bahayanya di dunia, tapi kekufuran bahayanya Neraka
yang amat dahsyatnya
Kemiskinan dan kefakiran bukanlah masalah masyarakat dan negara
Ada masalah yang lebih besar dari itu sebenarnya
Iaitu orang yang kaya, yang bakhil, tamak dan mengambil harta bangsa dan negara
Mereka tidak bertanggungjawab kepada fakir miskin dan orang yang menderita
Harta mereka untuk mereka dan keluarga bukan untuk  bangsa dan negara
Pemuda-pemudi yang berlepak-lepak membuang masa membuat kerja yang sia-sia,
bahaya juga
Tapi ada yang lebih bahaya lagi ialah pembesar-pembesar dan orang-orang kaya
yang berlepak-lepak membuang masa di gedung-gedung besar yang tertutup,
ada penjaga, membuat kerja laknat dan membuang wang sia-sia
Sedangkan wang ringgit yang mereka dapati dari hasil negara dan bangsa
Tapi sikap mereka tidak begitu dibising-bisingkan sangat maklumlah orang istimewa
Yang dibisingkan sangat kerja muda-mudi yang sia-sia membuang masa
Bencana yang merosak bukan hanya bencana alam ia berlaku sekali-sekala
Bencana yang sebenarnya adalah sifat sombong atau ego, pemarah, pendendam, tamak, bakhil, rasuah, hasad dengki, tipu daya
Sifat-sifat ini boleh memecahbelahkan perpaduan, boleh berlaku perbalahan, boleh berlaku pergaduhan dan peperangan
Musnahnya merata, kerosakannya global, bahayanya menimpa bangsa dan negara
Kebodohan adalah bahaya, tapi orang pandai yang mementingkan diri, mengguna bangsa dan negara untuk kekayaan lagi bahaya
Begitulah manusia yang sudah kehilangan Tuhan
menilai masalah dan bahaya pun tidak begitu kena
Yang bukan masalah dianggap masalah, yang masalah tidak dianggap masalah
Yang bahaya kecil dipandang besar, yang bahaya besar dipandang remeh sahaja
Begitulah orang pandai yang hanya mengguna otak semata-mata
Ukurannya otak, segala-galanya dinilai berdasarkan otak
Wahyu sudah tidak dijadikan neraca lagi di dalam menilai
Oleh yang demikian banyak perkara disalah nilai
Bahkan sampai mudah menilai yang sesat dianggap tidak sesat,
yang tidak sesat dianggap sesat
Yang bid�ah dianggap sunnah, yang sunnah dianggap bid�ah
Yang patut fanatik tidak dibolehkan, yang tidak patut fanatik dibolehkan pula

Menarik Hari Ini:
Roboh Masjid Punca Allah Hantar Taufan Haiyan?
Mengapa Yahudi Cerdik?
Surat Bapa Kepada Pengetua Larang Anak Ikuti Aktiviti Keagamaan Sekolah

 
[Continue reading...]

Allah Jadikan Manusia Tidak Sama


Allah jadikan manusia satu sama lain tidak sama
Allah jadikan begitu adalah rahmat dari-Nya
Kalau manusia dijadikan sama saja, manusia akan sengsara
Di sinilah rahsia yang tersembunyi banyak manusia tidak mengetahui
Ada manusia yang kaya, untuk ekonomi bangsanya
Ada manusia yang berilmu, untuk kemajuan negaranya
Ada manusia yang berkuasa, untuk kepentingan rakyatnya
Ada yang memikul senjata, untuk mengawal kedaulatan agama, bangsa dan negara
Manusia yang miskin perlu ada, kerana itu Allah wujudkan
Kerja-kerja berat, kerja-kerja pembangunan, tulang urat mereka sangat diperlukan
Doa mereka diperlukan juga untuk keselamatan negara
Mereka jangan dihina, tapi uruslah kehidupan mereka
Kalau semua golongan faham dan boleh bekerjasama
Kehidupan mereka tidak akan diabaikan
Mereka pula jangan terasa hina, mereka juga boleh berjasa
Yang penting setiap orang masing-masing faham kedudukannya dan meletakkan diri pada tempatnya
Kemudian berjuang dan berkorbanlah mengikut kemampuan dengan ikhlasnya
Hormat-menghormatilah satu sama lain, setiap orang ada jasanya
Berkasih sayanglah, kerana satu sama lain perlu-memerlukan
Janganlah hina-menghina, lebih-lebih lagi kata-mengata
Setiap orang ada gunanya, jika mahu dimanfaatkan tenaganya
[Continue reading...]

Awaslah Namrud, Firaun, Hamman, Qarun dan Bal'am Di Zaman Ini


Rupanya masa dan zaman peristiwanya sentiasa berulang
Dia sentiasa menempa sejarah yang berulang-ulang
Walaupun masa yang pergi tidak akan kembali, tapi yang belum berlalu tetap datang
Rupanya setiap zaman ada Firaun dan Namrud
Begitu juga wujudnya Hamman dan Qarun
Tidak kurang wujudnya Bal'am Ba'ura...
Begitu juga nabi yang bukan nabi dan rasul yang bukan rasul sentiasa ada di setiap zaman
Mereka berhadapan dengan Firaun, Namrud, Hamman, Qarun dan Bal'am di zamannya
Yang anehnya bahkan dahsyat ada orang yang menceritakan tentang Namrud dan Firaun
Tapi dia juga Namrud dan Firaun di zamannya
Ada orang yang bercerita tentang Hamman dan Qarun
Dia juga Hamman dan Qarun di zamannya
Juga ada orang yang bercerita tentang Bal'am rupanya dia adalah Bal'am di zamannya
Malang sekali ada orang yang sudah jadi Namrud dan Firaun tapi dia tidak sedar bahawa dirinya adalah Namrud dan Firaun
Begitulah seterusnya Hamman, Qarun dan Bal'am di zaman ini menceritakan Hamman, Qarun dan Bal'am di zaman dahulu
Kalau mereka sedarlah tentu mereka malu
Kalau mereka sedarlah tentu mereka tidak akan menceritakan diri sendiri
Awaslah bahawa Namrud, Firaun, Hamman, Qarun, Bal'am ada di setiap zaman
Janganlah kita menjadi seperti mereka itu
[Continue reading...]

Buaya Telah Naik Ke Darat


Buaya-buaya telah naik ke darat
Berkeliaran mencari bangkai
Ada buaya makan bangkai secara bersendirian
Tidak kurang juga merebut bangkai secara bersama
Mereka berkelahi merebut makanan
Bergigitan sesama sendiri hendak monopoli
Bertarung begitu sengit
Yang kuat menguasai
Yang kalah membawa diri
Tidak puas hati
Waktu bangkai masih mewah, yang lemah masih boleh cari makan
Serpihan-serpihan bangkai sana-sini senang dicari
Waktu bangkai terbatas
Yang kenyang sang buaya yang gagah, seorang diri
Yang lemah bertempiaran lari
Kalah bertarung dengan sang gagah
Lari membawa dendam, tidak puas hati
Kecewa dengan sang gagah
Menguasai bangkai tanpa berkongsi
Malas membuat kerja sekalipun beribadat kepada Tuhannya
[Continue reading...]

Cerdik Pandai Yang Bodoh


Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan
Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara  pula
Di masa ilmu banyak, ada ilmu yang lebih banyak tidak ada pada manusia
Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian
Maksudnya, ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia
Pencipta ciptaan itu tidak diketahui
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Ini adalah aneh sekali
Bahan-bahan yang ada di dunia
Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi dapat diketahui
Malang sekali pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui
Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan, tapi tidak kagum dengan Tuhan
Seperti kagum dengan sebuah kereta, tapi tidak kagum dengan perekanya
Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan
Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan
Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya
Dibagi ijazah dan degri serta berbagai-bagai gelaran
Dikagumi dan dihormati
Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan
Pada kita orang ini adalah cerdik pandai yang bodoh
Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui
Pandai pada perkara yang tidak utama, bodoh terhadap yang utama
Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam
Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama
Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama
Apalah yang hendak dikagumkan
Pakar perkara yang dapat disentuh dan dapat dirasa
Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Itu bukanlah pandai yang luar biasa
Itu manusia biasa, yang tidak ada apa-apa istimewanya
[Continue reading...]

Bagaimanalah Dunia Hendak Aman?


Bagaimanalah dunia hendak aman
Yang berkuasa, gila kuasa takut jatuh tekan siapa sahaja
Yang belum berkuasa mencari peluang untuk berkuasa
Berusaha seribu cara dan daya
Menjatuhkan kawannya untuk naik perkara biasa, bahkan jadi budaya
Yang kaya tidak cukup dengan kekayaan yang ada
Sifat bakhil dan tamak merangsang menimbunkan lagi harta yang ada
Jadilah lintah darat, menghisap darah golongan yang lemah
Golongan bawah atau yang lemah merasa terhimpit bangkit marah
Demonstrasi sana sini
Berpiket setiap negara dan negeri sebagai membantah
Datang pengawal kepunyaan yang berkuasa
Lanyak siapa sahaja yang tunjuk marah
Berlakulah pertembungan dan pertempuran
Adakalanya menumpahkan darah
Membaralah dendam kesumat memupuk jiwa
Berdendam sepanjang masa
Dendam yang membara itu sekali-sekala apinya menyala
Membakar apa yang ada, memusnah harta benda
Huru-haralah lagi di mana-mana
Dendam kesumat itu laksana bom jangka
Sekali-sekala meledak, lahir kesumatnya bertindak
Rupanya ilmu yang banyak, tamadun yang tinggi
Belum menjamin manusia bersifat lunak
[Continue reading...]

Aneh Kerja Tuhan


Pelik kita dengan kerja Tuhan
Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya
Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan
Memang pelik dan unik
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur
Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala
Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi
Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang
Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan
[Continue reading...]

Aku Hairan Dengan Engkau


Bila engkau lihat rumah orang besar tersergam indah
Dengan taman-taman bunganya yang indah
Keretanya yang besar menjalar yang mempunyai jenama yang gah
Terus menerpa ke fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur terus ke mulutmu
Oh hebatnya tuan yang punya rumah yang besar ini
Mungkin dia seorang korporat atau gajinya besar
Tapi aku hairan denganmu
Engkau tidak terasa kehebatan dan kebesaran Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih hebat dari itu
Dia miliki langit dan bumi dan seluruh isinya
Dunia dan Akhirat Dia punya
Manusia dan seluruh makhluk yang lain dicipta-Nya
Nasib mereka Allah yang menentukannya
Malam dan siang dan seluruh planet dan cakerawala
Tuhan yang mentadbirnya
Setiap saat dan waktu engkau melihatnya
Engkau tidak terasa apa-apa?
Engkau pandang bersahaja
Engkau tidak terasa maha agungnya yang empunya
Tidak pun engkau kagum dengan Tuhan pencipta?
Mujurlah rumah besar itu orang lain yang punya
Kalau engkaulah yang empunyanya
Tentu engkau kagum dan bangga dengan diri engkau pula
[Continue reading...]

Aku Bahagia Engkau Tuhanku


Aku sembah-Mu Tuhan kerana aku ini adalah hamba-Mu
Aku rasa bahagia engkau adalah Tuhanku
Aku merasa mulia bahawa Engkau menjadi Tuhanku
Engkau mengenalkan aku bahawa Engkau Tuhanku
Aku rasa ini adalah satu rahmat dan nikmat yang tidak ada taranya
Aku tidak tahu apakah yang aku hendak balas kurniaan-Mu
Melainkan bakti dan ibadahku kepada-Mu itulah sahaja balasanku
Itu pun sudah tentu tidak mencukupi untuk membalas anugerah-Mu
Kerana Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku
Patut sekali aku menyembah-Mu tidak jemu-jemu
Aku tidak fikir lagi Syurga dan Neraka
Aku tidak berminat lagi fadhilat itu dan ini
Kerana Engkau adalah segala-galanya
Syurga dan Neraka sudah terlalu kecil buatku
Kerana Zat-Mu yang Maha Agung telah aku miliki
Engkau adalah terlalu besar buatku
Engkau patut aku puji dan puja
Aku sembah dan sanjung setiap masa
Terima kasih Tuhan, Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku
Hingga Engkau menjadi Tuhanku
Aku sungguh bangga dan bahagia mempunyai Tuhan
Yang menciptaku dan melindungiku setiap waktu
Engkau adalah Tuhanku, janganlah tinggalkan aku
[Continue reading...]

Cara Tuhan Murka


Di antara cara Tuhan murka pada seseorang hamba itu
Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan dia memandang besar dengan ibadah dan kebajikannya
Apabila membuat dosa dan kesalahan dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan
Dia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya
Kerana banyak ibadah yang dibuat dia terasa aman dengan Tuhannya
Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikannya
Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya, takut dengan Tuhan sudah tidak ada
Dia sudah merasakan Tuhan sudah redha
Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuat
Apabila Tuhan bertambah murka
Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya datang pula ujub dan riyak
Kemudian timbul pula sum'ah dan sombong dengan amal ibadahnya
Jika dia tidak sedar juga
Tuhan tambah lagi kemurkaan-Nya, dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadahnya dengan pandangan hina
Dia pula mulalah mengata dan mengumpat orang lain
Kejahatan orang lain dia nampak, kejahatan diri sendiri makin tidak nampak
Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi
Hinggalah ke akhir hayat umurnya
Dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi
Maka dia pun mati di dalam su'ul khatimah
Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut, waliyazubillah
[Continue reading...]

Akal Sebagai Guru


Akalku adalah guru pertama dan utamaku
Aku banyak belajar dengannya, bahkan sekarang masih sering belajar dengannya
belum pernah berhenti
Dia selalu beri aku ilmu, aku bertanya dia menjawabnya
Berbagai-bagai ilmu aku belajar dengannya
Aku belajar ilmu Akhirat dan aku juga belajar ilmu dunia dengannya
Guruku itu sangat pintar, jarang pertanyaanku tidak dijawabnya
Guruku itu sedikit sangat dia mendapat ilmu dari buku atau kitab
Guruku belajar dengan alam, dengan kehidupan, dengan kejadian, dengan isu semasa yang dia lihat mahupun yang dia dengar
Akal yang menjadi guruku itu sering mendapat ilmu daripada raja diriku iaitu hatiku
Dengan itu ilmu itu tercapai lagi, diproses lagi, dinilai lagi, dihalusi lagi,
dikeluarlah ilmu yang seni-seni
Buahnya lahirlah ilmu di dalam ilmu, di dalam ilmu ada rahsia, iaitu ilmu hikmah yang tidak ada di dalam buku dan kitab
Maha Besar Tuhan yang cara itulah Dia memberi ilmu kepada guru utama dan pertamaku iaitu akalku
Kemudian aku belajar dengannya, amat seronok tidak jemu-jemu
Jarang aku dikecewakannya, apa sahaja pertanyaanku dapat dijawabnya
Berbagai-bagai ilmu yang aku tanya, tetap dijawabnya  
Dia guruku itu tidak jemu-jemu memberi ilmu, ada sahaja ilmu yang diberinya
Ilmunya itu yang aku sampaikan atau yang aku ajarkan kepada murid-muridku
Murid-muridku itu pula tidak jemu-jemu menerimanya, mahu lagi,
menunggu lagi, apa lagi
Guruku itu berbagai-bagai ilmu yang diajarkannya kepadaku
Ilmu agama, sejarah, politik, falsafah, saikologi, budaya, masyarakat, isu semasa
dan lain-lainnya
Jangan sahaja dia melihat, mendengar,  dia boleh memberi ilmu,
apa yang dia dengar dan apa yang dia lihat
Rupanya guruku itu iaitu akalku buku atau kitab atau surat khabar yang dibacanya
adalah alam semesta
Kehidupan yang dilaluinya, kejadian alam, tingkah laku manusia padanya
semuanya  jadi  ilmu
Kerana itulah guruku itu ilmunya seluas alam semesta
Sayang sekalilah kalau ada manusia hanya belajar dengan buku atau kitab
tapi tidak belajar sama dengan akalnya
Padahal akalnya itu dia adalah guru utama dan pertama  kepada manusia
Belajar dari buku atau kitab dia jadi beku kalau tidak belajar bersama dengan akalnya
[Continue reading...]

Pejuang Yang Muflis


Macam-macam pakar lahir di dunia ini
Berbagai-bagai degri manusia memperolehi berdasarkan ilmu yang dikaji
Pakar-pakar ini semuanya mengenai makhluk Tuhan
Yang tidak ada, pakar yang cintakan Tuhan pencipta semuanya ini
Yang gersang, pakar takutkan Tuhan yang Qahhar lagi Jabbar
Pejuang-pejuang untuk mendapatkan kepakaran berbagai-bagai bidang memang ramai
Pejuang-pejuang cintakan Tuhan yang Maha Agung terlalu sangat kurang
Pejuang-pejuang takutkan Tuhan sudah hilang
Kerana itulah Tuhan sudah tidak dicintai lagi
Side-effectnya manusia tidak mencintai sesama manusia lagi
Dan kerana itu jugalah Tuhan sudah tidak ditakuti
Kesan darinya ialah manusia sudah tidak lagi takut melakukan kesalahan sesama manusia
Ada juga para pejuang menegakkan syariat
Tapi tidak memperjuangkanTuhan
Akhirnya syariat juga diabaikan orang
Lalai dengan Tuhan, dan tidak ada rasa bertuhan
Bahkan ada yang kehilangan Tuhan di dalam perjuangannya
Malang sekali berjuang sampai kehilangan Tuhan
Itulah para pejuang yang muflis
Itulah dia pejuang-pejuang yang tertipu di dalam perjuangannya
Hidup di dalam membuang masa dan sia-sia
Marilah kita menjadi pejuang-pejuang Tuhan
Agar kita menjadi pakar di dalam mencintai Tuhan semesta alam
[Continue reading...]

Amalan Di Dunia Disoal Di Akhirat

Tuhan wujudkan langit dan bumi
Di bumi tempat tinggal manusia
Diwujudkan  sistem hidup sesuai untuk manusia
Di bumi dicipta khazanah dan bahan-bahan mentah untuk keperluan manusia
Hasil bumi untuk kehidupan manusia
Hanya tinggal diusaha dan diproses sahaja
Tuhan bagi ilmu kepada manusia untuk memprosesnya
Hingga ia jadi harta manusia dan negara
Untuk keselesaan hidup mereka
Begitulah Tuhan jadikan dunia tempat tinggal manusia sementara
Selepas itu dimatikan manusia menuju ke Akhirat pula
Apakah hidup manusia di dunia boleh buat sesuka hati sahaja?
Apakah hidup manusia sia-sia?
Apakah Tuhan hidupkan manusia kemudian mati begitu aja?

Apakah Tuhan hidupkan manusia sesuka hati tanpa maksud apa-apa?
Maha Suci Tuhan membuat kerja yang sia-sia tanpa makna
Hidup manusia di dunia ada kerja besar dan ada perkara besar
Di Akhirat nanti Tuhan akan tanya di waktu hidup di dunia
Manusia akan kena jawab seperti yang Tuhan mahu
Tidak dapat menjawab seperti yang Tuhan mahu nahaslah jawabnya
Tidak dapat menjawab yang tepat Nerakalah tempatnya
Berhati-hatilah hidup di dunia, hidup manusia tidak sia-sia ada maksud
Kenalah faham Al Quran dan As Sunnah akan ada jawapannya
Awas! Kita manusia selepas mati akan ditanya
Bolehkah kita menjawabnya?
[Continue reading...]

Antara Keseronokan Dunia Dan Akhirat

Manusia terlalu memikirkan
Kesusahan yang sedikit
Terjadilah keluh kesah, tidak tentu arah
Hingga lupa Allah Taala dan melanggar perintah
Kesusahan yang sedikit belum tentu terhibur
Maka mereka akan menempah kesusahan
Yang maha besar yang tidak berkesudahan
Terpesona dengan kesenangan dan kemewahan
Yang sedikit di dunia
Lupakan Tuhan, derhaka kepadaNya
Sombong dan takbur tiba
Mereka menolak kesenangan dan kemewahan
Yang tidak ada taranya

Yang tidak berkesudahan
Kerana pujian, nama dan glamour
Buat apa sahaja yang sia-sia dan melalaikan
Tidak takut lagi dengan kemurkaan Tuhan
Manusia sanggup menolak pujian Tuhan
Di dalam syurga yang berpanjangan
Kerana keseronokan yang sedikit
Manusia pun berfoya-foya, kepit betina
Berhibur-hiburan dengan perbuatan syaitan
Mereka tidak kira lagi dosa pahala
Laknat dan derhaka
Mereka sanggup menolak keseronokan
Dan hiburan dengan bidadari
Di dalam syurga yang tidak ada bandingan
Yang setia, tidak makan tua
Dan tidak sedikit pun yang menjijikkan
Kerana itulah ramai di kalangan manusia
Di waktu hendak sakaratul maut terkejut
Dan terbeliak biji mata
Apatah lagi diwaktu dicampakkan
Di dalam neraka
Penyesalan pun tiba, tidak berkesudahan
Di waktu itu mereka merayu-rayu kepada Tuhan
Agar dihidupkan semula
[Continue reading...]

Warkah Untuk Pemimpin


Kutulis ini adalah untuk para pemimpin
Sama ada pemimpin besar mahupun pemimpin sederhana dan lain-lainnya
Aku datangkan berbagai-bagai pertanyaan untuk engkau jawab sendiri
Setelah engkau menjawab, engkau boleh menilai diri
Apakah engkau layak jadi pemimpin atau hanya layak jadi pengikut
Tolong dengar aku hendak bertanya, jawablah sendiri!
Sanggupkah engkau menjadi bapa untuk memberi kasih sayang kepada manusia?
Bolehkah kamu jadi ibu tempat pengikut bermanja-manja?
Mampukah engkau menjadi kawan untuk memberi simpati kepada kawan?
Sudahkah kamu bersedia menjadi pemimpin menunjuk jalan keselamatan kepada manusia
Layakkah kamu menjadi guru memberi ilmu dan pengetahuan ke jalan kebenaran kepada manusia
Jika semua pertanyaan ini engkau boleh jawab dengan betul engkau adalah pemimpin sejati
Kalau engkau tidak boleh memberi jawapannya yang tepat, maka engkau adalah pengikut
Apabila engkau tidak boleh menjawab soalan-soalan tadi
Engkau sanggup juga menjadi pemimpin mesti ada tujuan peribadi
Sama ada nama, harta, glamour dan lain-lain lagi
Kalau engkau hanya boleh membawa pembangunannya untuk manusia
Sedangkan kasih sayang tiada, tidak boleh bermanja, simpati tiada, tidak tahu menunjuk jalan keselamatan, tidak mampu memberi ilmu ke jalan kebahagiaan
Engkau bukan pemimpin tapi pengkhianat
Engkau tidak mampu menunjuk jalan ke Syurga bahkan ke Neraka
Ramailah manusia yang rosak, banyaklah manusia yang binasa
[Continue reading...]

Jenis - Jenis Air Mata


Banyak air mata yang mengalir di dunia ini
Sumbernya dari mata mengalir ke pipi, terus jatuh ke bumi
Mata itu kecil sahaja tapi tidak pernah kering airnya
Ia berlaku setiap hari tidak putus-putus
Sepertilah air sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti
Kalaulah air mata itu ditampung, banjirlah dunia ini
Air mata itu bermacam-macam jenisnya
Ada air mata sedih
Ada air mata gembira
Ada air mata kasih
Ada air mata simpati
Ada air mata kecewa
Air mata sedih mungkin dimarah ibu atau dimarah guru dan lain-lainnya
Air mata gembira bermacam-macam pula
Di antaranya dapat markah cemerlang di dalam tugasnya
Air mata kasih melihat anak yang dicinta atau ibu yang tersayang
Air mata simpati melihat orang miskin, papa dan yang seumpamanya
Air mata kecewa banyak contohnya
Di antaranya suami kahwin lagi
Orang yang dicintai tidak membalas cintanya
Harap dapat kerja tapi ditolak aja
Begitulah sebab-sebab air mata mengalir dari sumbernya
Lumrahnya ia mengalir kerana dunia
Jarang sekali ia mengalir kerana sedih membuat dosa
Susah sekali air mata hendak mengalir kerana kebesaran Tuhannya
Payah sekali air mata hendak mengalir kerana sensitif dengan nikmat Tuhannya yang Al Hannan dan Al Mannan
Jarang berlaku air mata mengalir kerana dosa
Alirkanlah air mata sebanyak-banyaknya
kerana takut kepada Tuhan yang Maha Pencipta  
[Continue reading...]

Maruah Diri Itulah Harga Diri

 
Maruah diri itulah dia harga diri
Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga
Harga diri tidak boleh dijual beli
Di dalam Islam mempertahankan maruah diri syahid hukumnya
Biar miskin, biar papa, harga diri kena jaga
Tidak guna kaya, tidak guna ilmu tinggi, berjawatan tinggi, maruah tiada
Tiada maruah diri, binatang yang hidup berupa manusia
Kalau sudah bersifat binatang, siapa hendak hormati kita
Orang yang bermaruah malunya tinggi, akhlaknya mulia
Dengan Allah sangat takut, dengan manusia tidak meminta-minta
Mudah mesra, mudah dimesra, tolak ansur budaya hidupnya
Lapang dada, sabarnya ketara, tidak membuat kerja-kerja yang hina
Miskin tidak meminta-minta, kaya khidmat untuk manusia
Orang marah dia selamba, dendam tiada, memaaf mudah sahaja
Orang sakit hati dia mendoakannya
Kalau hidup miskin dia macam orang kaya, kerana tiada meminta
Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia
Orang yang baik hati, miskinkah dia, kayakah dia, senangnya dengannya
Kerana dia tidak menyusahkan orang, tapi dia sanggup susah kerana orang
Semua orang berpuas hati bergaul dengannya
[Continue reading...]

Fitrah Murni Telah Punah


Sifat-sifat semulajadi telah musnah
Fitrah murni punah-ranah
Seorang ibu rasa keibuan sudah tidak ada lagi
Kerana itulah mengasuh anak-anaknya terasa terpaksa bahkan rasa terseksa
Kasih sayang tidak ada
Seorang bapa pula rasa tanggungjawab sudah tidak ada
Mengeluar belanja merasa terpaksa
Guru pun, rasa anak kepada murid-muridnya sudah hilang dari jiwa
Dia merasakan adanya murid-murid itu adalah tempat cari makan
Murid pula rasa sayang dan hormat kepada gurunya sudah gersang
Jumpa guru kerana tujuan ilmu untuk cari makan di masa depannya
Begitu juga pemimpin tidak terasa lagi rakyat-rakyatnya sebagai anak-anaknya
Tempat rakyat dan pengikut dapat kasih sayang dan bermesra
Tidak terasa lagi pemimpin itu sebagai ibu tempat bermanja
Begitulah seterusnya isteri tidak terasa suami sebagai kawan hidup tempat berlindung
Suami tidak merasakan lagi isteri sebagai kawan hidup tempat belaian kasih sayang
Suami isteri sekadar melepaskan keperluan biologi
Selepas itu ikatan hati sudah tidak ada lagi
Hidup rumahtangga selalu sahaja tegang
Jadi sekarang semua golongan sudah tidak lagi mendapat kasih sayang
Jiwa manusia sudah jadi gersang
Benci, resah, gelisah, marah-marah
Risau, kecewa, putus asa
Akibat fitrah semulajadi telah musnah dan punah
Disebabkan kepentingan peribadi terlalu menjadi-jadi
[Continue reading...]

Alangkah Payahnya Menjaga Hati


Alangkah payahnya menjaga hati
Sekalipun berhati-hati
Bila orang puji berbunga
Apabila orang keji, aduh sakitnya macam kena cucuk atau kena tusuk
Apabila membuat kebajikan
Mendesak-desak sahaja hendak bercerita
Jika tidak bercerita rasa terseksa
Di sini ada glamour
Di sinilah ada nama
Oh, ruginya kalau tidak dicerita
Bila berpidato, orang mengangguk-angguk
Boleh tahan juga aku ini, bisiknya
Kalau melihat orang lain ada mempunyai kelebihan
Aduh, macam makan buah pahit rasanya
Hati kerut membawa ke muka
Atau muka masam macam cuka
Apabila melihat kawan-kawan mempunyai kelemahan-kelemahan
Hati mendesak-desak hendak mengata atau menghina
Aduh, susahnya menjaga hati!
Aduh, di manakah keikhlasan?!
Sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan
 
[Continue reading...]

Buat Perubahan Diri Terlebih Dahulu


Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja
Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah
Apakan daya hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah
Kita yang bersyarahlah role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka
Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka


Create your own banner at mybannermaker.com!

[Continue reading...]

Allah Suka Hamba Yang Bertaubat


Allah Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosa menyesal dan memohon ampun
Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannya seumur hidupnya
Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlaku
Adakalanya mengenangkan dosa air matanya menitis berguguran
Begitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang apabila membuat kebaikan, dilupakan
Dia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukan
Yang dia anggap belum berbuat, yang dia rasa adalah hamba yang berdosa
Tuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya, tidak dilupa
Ingin membalas jasanya atau mendoakan
Juga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakan
Dia teringat sepanjang masa
Bahkan dengan kesalahannya itu jiwanya terseksa dan menderita
Dia memohon maaf kepada orang ini
Kalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinya
Dia doakan selalu, kalau dia membuat kebaikan pahalanya dihadiahkan kepadanya
Begitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba yang merasa dirinya hina
Hina dengan kejadian, hina dengan kelemahan, hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanya
Hinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnya
Yang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannya
Yang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannya
Hingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembira
Kerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita


 
[Continue reading...]

Bila Ibu Bapa Tidak Menjaga Maruah

 
Apabila ibu bapa tidak menjaga maruah di hadapan anak-anak
Anak-anak pun hilang hormat, segan pun punah
Bagaimanalah hendak mendidik anak-anak?
Apabila orang-orang tua hilang wibawa kerana tidak menjaga akhlak dan maruah
Para ulama akhlak dan sikap hidup mereka sama seperti orang biasa
Tidak ada tempat lagi bagi orang-orang muda malu dan segan
Orang muda sudah tidak hormat bagaimanalah hendak mendidik mereka
Apabila para-para guru tidak menjaga sopan santun dan tata-keromo
Murid-murid pun tidak segan, orang-orang awam pun tidak hormat
Bagaimanalah murid-murid dan orang awam hendak dididik
Ilmu dan pengajaran guru tidak akan berkesan
Bila para pemimpin cakap tidak serupa bikin
Kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat
Jasa-jasa mereka minta dikenang dan dipuji
Pantang ditegur emosi pun timbul, marah-marah pun muncul
Maka mulalah membentak dan menggertak-gertak rakyat
Mengugut-ugut hendak bertindak
Maka seluruh rakyat pun hilang hormat dan taat
Kasih sayang kepada pemimpin tercabut
Kata-kata nista dan umpatan pun berlaku di belakang pemimpin oleh rakyat
Di waktu itu pemimpin-memimpin dan pendidik tidak akan berkesan
Kalaulah ibu bapa sudah hilang syakhsiah
Kalaulah orang tua sudah hilang wibawa
Para ulama dan guru sudah jatuh maruah
Para pemimpin dianggap penyangak-penyangak
Maka seluruh golongan rakyat tidak boleh dididik lagi
Dari sinilah timbul gejala-gejala yang tidak sihat di dalam masyarakat
Perpecahan, budaya lepak dan bohjan dan vandalisme berlaku di dalam kehidupan
Berlaku zina dan rogol, buang bayi merata-rata
Perkelahian, pergaduhan,  kidnap dan rompak curi dan seluk saku
Maka dunia pun jadi neraka
Keamanan sudah tidak ada
Maka seluruh golongan hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan
Di waktu itu seluruh ketenangan dan kebahagiaan punah dan musnah

Create your own banner at mybannermaker.com!
[Continue reading...]

Alangkah Malangnya Pemburu Pemburu Dunia

Di subuh-subuh hari lagi setiap hari manusia sibuk memburu
Ada banyak jenis buruan yang diburu mereka
Mengikutlah kehendak masing-masing apakah buruan yang menjadi targetnya
Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit, ada yang tidak dapat apa-apa
Buruan itu adakalanya harta dan kekayaan
Tidak kurang juga memburu pangkat, betina, nama dan glamor
Bahkan bermacam-macam lagi buruan tidak perlu diberi nama
Seribu satu macam jenis buruan tidak jemu-jemu mereka memburunya
Pemburu-pemburu ini dia lupa, dia juga sedang diburu setiap waktu
Setiap detik dan saat mereka diburu
Setiap detik pemburu-pemburu ini menjadi mangsa
Macam binatang-binatang buruan mereka
Namun pemburu-pemburu yang masih selamat tidak juga mengambil pengajaran darinya

Adakalanya pemburu itu menjadi mangsa buruan di waktu mengejar harta dan pangkat
Tidak kurang juga menjadi mangsa waktu memburu betina dan nama
Bergelimpanganlah mati di mana-mana sahaja
Mereka mati di sini dan di sana, dan tidak kira di masa bila
Yang menyedihkan di waktu menjadi mangsa buruan dia belum dapat apa-apa
Hanya  yang dapat penat dan letih sahaja
Di waktu itulah dia diburu dan menjadi mangsa
Di masa mati dunia tidak dapat apa-apa, dia telah menjadi mangsanya
Alangkah malangnya pemburu-pemburu dunia,
di waktu dia memburu dunia dia kena buru pula
Pemburu-pemburu ini tidak insaf juga
[Continue reading...]

Adab-Adab Haji


Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah
Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima
Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah
Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya
Menunaikan ibadah di sana jangan gopoh-gapah
Tawadhuk dan khusyuk mestilah ada
Merempuh-rempuh dan bertolak-tolak sesama manusia jauhkanlah
Kerana bukan begitu kita beribadah kepada Allah
Jagalah tata-tertib agar mampu menyenangkan orang lain
Ia termasuk ibadah yang disebut hablumminannas
Kalau ada makhluk yang susah senangkanlah
Ia juga termasuk ibadah yang sangat diperintah
Tawadhuk dengan Allah serta malu kepada-Nya
Ia adalah sifat hamba yang mesti dimuliakan
Kerana ibadah itu hendak melahirkan sifat kehambaan
Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya ia bukanlah ibadah
Perhubungan dengan manusia kenalah jaga
Hak-hak mereka jangan sampai dicerobohi
Berkasar-kasar dan bertengkar-tengkar elakkanlah
Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti ada dan dijaga

  • Semak Senarai Calon PLKN Sesi 2014 Secara Online SMS
  • Penyerahan Cheque
  • Korban 2013
  • Indahnya Malam Pertama Pengantin
  • [Continue reading...]

    Ibadah Yang Tidak Ada Hubungan Dengan Tuhan


    Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati
    Cintakan Tuhan apatah lagi
    Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan
    Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka
    Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat
    Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela
    Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah
    Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya
    Tawakkalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka
    Kadang-kadang di dalam perbualan nama Tuhan kurang sangat disebut
    Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya
    Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja
    Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh
    Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati dengan mereka
    Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa
    Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka


    Surat Dari Pengerusi Surau

  • [Continue reading...]

    Bila Poligami Tidak Difahami

     
    Hari ini ada orang berpoligami, keluarga porak-poranda
    Krisis setiap hari, suami isteri dan anak-anaknya
    Mengapa krisis? Kerana Tuhan tidak dicinta
    Syariat tidak diikut, kepentingan peribadi jadi budaya
    Berlakunya krisis keluarga poligami, jangan salahkan Allah dan Islam
    Krisis berlaku kerana Tuhan tidak dicinta, ditukar dengan cintakan peribadi
    Kalau peribadi yang dicintai, kepentingan peribadilah yang menjadi matlamat hidupnya
    Jika kepentingan peribadi menjadi budaya dengan ibu ayah pun berkira
    Kepentingan peribadilah yang tidak ada tolak ansur sesama manusia
    Sekalipun dengan ibubapa, suami dan sanak saudara
    Kepentingan peribadi bukan sahaja poligami menjadi musuhnya
    Banyak hukum-hukum Tuhan menjadi musuhnya, bahkan sembahyang pun diabainya
    Orang yang cintakan peribadi bukan sahaja porak-poranda di dalam rumahtangga
    Di dalam berkawan pun tidak setia, di dalam masyarakat selalu sahaja bermasam-masam muka
    Di dalam satu perjuangan akan berlaku jatuh-menjatuhkan perkara biasa
    Kalau begitu bila mahu aman, harmoni dan bahagia
    Poligami jangan salahkan sesiapa, salahkan diri kerana terlalu peribadi
    Kalau peribadi menjadi matlamat, sembahyang, puasa, berkorban, berjuang pun menjadi musuhnya
    Jika hukum Tuhan menjadi musuhnya, ertinya Tuhanlah musuh-musuhnya
    Orang yang ada kepentingan peribadi bukan sahaja di rumahtangga, di mana pun payah berkira
     
    [Continue reading...]

    Cinta Tuhan Cinta Yang Hakiki



    Manusia mudah mencintai sesuatu yang dipandang mata
    Juga manusia mudah mencintai sesuatu yang boleh difikirkan
    Sedangkan mencintai sesuatu yang dilihat oleh mata
    Atau yang mudah dapat difikirkan
    Adalah cinta murahan
    Mencintai yang dapat dikesan oleh hati atau jiwa, payah dikesan
    Kerana akal dan mata selalunya membutakan hati
    Selalunya akal dan mata membunuh jiwa
    Kerana itulah hati dan jiwa tidak kenal Tuhannya
    Lantaran itulah Tuhan sudah tidak dirindui dan dicintai
    Padahal Tuhan itulah cinta yang hakiki dan sejati
    Cinta Tuhan cinta yang kekal abadi
    Cinta Tuhan, cinta yang membawa kebahagiaan yang berkekalan
    Cintakan Tuhan adalah cinta martabat tertinggi
    Rafiqul A�la, Sahabat Yang Tinggi Lagi Setia
    Mencintai Rafiqul A�la tidak pernah kecewa
    Mencintai Tuhan tidak pernah mengkhianati kita
    Cinta yang menjadi  pembela kita
    Cinta yang menjadi pelindung kita di mana-mana
    Cinta yang menyelamatkan kita dunia Akhirat
    Cinta agung yang tidak ada tandingan dan bandingannya
    Cinta yang kalau orang tahu
    Bukan sahaja harta dan tenaga bahkan nyawa orang korbankan

  • Penyerahan
  • Kenalilah Tuhan Yang Mengujimu
  • Nak Dapatkan Ditipu, Sudah Dapatpun Tertipu
  • Jawapan Ustaz Azhar Idrus
  • Semak Saman Trafik Online

  • [Continue reading...]

    Apa Kita Hendak Jawab Kepada Tuhan?

    Apakah yang kita hendak jawab kepada Tuhan?!
    Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?!
    Jawapan kita itu bolehkah diterima?
    Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia
    Harta terkorban, badan letih, orang menghina, kehilangan kawan!
    Aku tiada mampu melaksanakannya
    Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana?
    Bolehkah kita menjawab?
    Mana susah, sembahyang  Subuh dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan?
    Dilambung, dihempas oleh ombak
    Adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?!
    Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?!
    Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour, buru pangkat
    Bukankah lebih menderita?
    Tidak terkorban harta?!
    Tidak buang masa?!
    Tidak orang kata?!
    Orang tidak menghina?!
    Bukan setakat itu
    Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?!
    Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung!
    Manusia!
    Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour, kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara!
    Justeru itu semua bermacam-macam usaha
    Bermacam-macam cara
    Bermacam-macam helahnya dibuat oleh manusia!
    Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana amalan agama lebih menderita mengerjakannya!
    Dari gila dunia?
    Adakah lebih susah dari mendaki Gunung Everest?!
    Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?!
    Bukankah urusan agama tidak sepayah itu!
    Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa!
    Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta!
    Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa!
    Dibandingkan berjuang kerana agama!
    Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?!
    Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan
    Sudah cukup membungkam mulut yang kena tanya
    Kelu lidah hendak menjawab
    Patah lidah hendak berhujah
    [Continue reading...]

    Aduh Malangnya Manusia


    Anjing apabila diberi makan, dimanjakan, dibelai,
    dibuat  baik dia akan sayang tuannya
    Sekalipun makanan itu hanya tulang-tulang,
    sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan
    Dilahirkan kepadanya kasih sayang,
    diusap-usap belakangnya ia akan taat setia
    Diajar dan dididik ia akan mengikut arahan tuannya
    Selepas itu ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya
    Waktu di rumah ia jaga tuannya, waktu berjalan ia ikut tuannya
    Begitulah anjing yang hina apabila kenal tuannya,
    ia tahu kasih tuannya, ia akan sayang dan taat kepada tuannya
    Begitulah Tuhan sebagai tuan manusia,
    Tuannya beri dia hirup udara, dia boleh hidup
    Di waktu lapar diberi makan, di waktu haus diberi minum,
    di waktu letih ditidurkan
    Tuhan Tuan bagi manusia, diberi bermacam-macam kemudahan hidup,
    rumah, kenderaan, pakaian
    Entah apa lagi belaian Tuhan kepada manusia
    yang tidak dapat diucapkan
    Tapi malangnya, manusia tidak kenal Tuhan sebagai Tuannya,
    dia lupa Tuannya jauh sekalilah taat.
    Kalau begitu kebanyakan manusia lebih jahat dan hina
    daripada anjing yang hina
    Anjing apabila dibelai oleh tuannya ia taat dan setia
    Ia tidak mahu berpisah lagi dengan tuannya
    Anjing lebih mengenang budi tuannya daripada manusia
    Sepatutnya anjing yang tidak ada akal belajar dengan manusia
    Ini terbalik pula, manusia kena belajar dengan anjing yang hina
    Aduh malangnya manusia!
    Tidak mengenang budi jasa Tuannya iaitu Tuhan
    Anjing lebih mengenang budi jasa-jasa tuannya
    Patutlah manusia ramai yang masuk Neraka,
    anjing selamat dari Neraka

    [Continue reading...]

    Pahala Pahala Percuma


    Pahala2 percuma dari Tuhan utk seseorg
    yang bukan amalannya atau bukan amalan lahirnya,
    Bukan pahala hasil usahanya,
    Niat yang baik tetapi dia tidak dapat berbuat diberi pahala ,
    Seperti penderitaan, kesusahan, kesakitan yang ditimpakan kepadanya sabar dia menerimanya,
    Niat jahat tetapi tidak jadi hendak buat pun dapat pahala,
    Orang mencacinya, memfitnahnya, menghinanya, hasad dengki dengannya, dia tidak membalasnya bahkan mendoakannya,
    Kehendak-kehendaknya yang tidak tercapai, kadar yang dia mahu tidak sampai, dia redha menerimanya,
    Ilmu yang diajarkan kemudian orang yang mendengar itu mengamalkan, pahala baginya yang mengajar ,
    Kebaikan yang seseorang itu lakukan,kemudian diikut orang
    dianggap macam dia melaksanakannya,
    Anak yang soleh hasil didikan ibu bapanya
    setiap apa yang diamalkan oleh anak-anaknya dia dapat pahalanya,
    Fakir, miskin ada yang diinginkan kerana susahnya tidak dapat dia hasilkan pahala baginya,
    Bahkan setiap apa sahaja yang dia inginkan tidak mampu mendapatkannya ,
    Tuhan beri pahala,
    Ada godaan-godaan dunia yang haram mempengaruhinya kerana demi Tuhannya dia jauhi pahala pula baginya,
    Doa yang tidak dikabulkan di dunia pahalanya diberi di Syurga,
    Rasa kehambaan seseorang hamba, malunya kepada Tuhan,
    Rasa bertuhan semuanya pahala, ia bukan perbuatan,
    Rasa takut, cinta kepada Tuhan yang mempengaruhi hatinya juga pahala yang juga bukan bentuk amalan,
    Lihat orang susah rasa kasihan, rnelihat orang derita dia rasa derita,
    Melihat orang senang atau mendapati kejayaan dia turut gembira juga pahala,
    Itulah dia sebahagian pahala percuma yang didapati oleh orang bertaqwa
    yang bukan hasil perbuatan pahala-pahala percuma itu adakalanya
    lebih banyak daripada pahala yang dibuatnya,
    Begitulah rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa.

    [Continue reading...]

    Cara membaiki manusia


    Di dunia ini kalau keretalah yang rosak bila hendak dibaiki
    orang tidak menggunakan panduan otak
    Panduan dirujuk kepada katalog yang dibuat oleh tukang kereta
    Kerana orang tahu kalau dibuat juga kereta akan bertambah rosak
    Bahkan orang akan menuduh orang itu tiada otak
    Orang akan menyalahkannya kerana tidak tahu membaiki kereta yang rosak
    Tapi kita pelik manusia hari ini telah rosak
    Sebab itulah jenayah berlaku berleluasa dan merebak
    Hendak memulihkan manusia yang sudah rosak dengan otak
    Padahal dunia dan manusia Tuhan yang cipta
    Tapi hendak membaiki manusia dengan manusia punya otak
    Sedangkan manusia bukan ciptaan dari otak
    Sepatutnya merujuklah kepada Tuhan yang mencipta manusia
    Sejauh manalah kemampuan manusia hendak membaiki manusia bukan ciptaannya
    Apa yang terjadi seperti tikus membaiki labu
    Makin rosak, bahkan punah-ranah dan musnah
    Membaiki labu bukan kerja tikus yang memusnah
    Membaiki manusia bukan kerja manusia kalau bukan panduan dari Allah
    Membaiki manusia mesti dengan ajaran Allah yang menjadikan manusia
    Kalau manusia lakukan juga manusia akan punah-ranah
    Manusia akan menjadi jahat dan memusnah
    Manusia akan jadi penjahat yang merosak masyarakat
    Jenis manusia juga yang akan susah
    Itulah yang terjadi pada hari ini, macam tikus membaiki labu
    Kejahatan manusia yang merosakkan manusia, tapi manusia tidak sedar diri
    Sekarang tanggunglah sendiri
    [Continue reading...]

    Cara nak terhibur dengan ujian yang datang bertimpa2


    Manusia itu seistimewa mana pun,
    Tidak dapat lepas daripada ujian yang menyusahkan,
    Raja diuji, orang yang berkuasa diuji,
    Orang kaya diuji, yang pandai diuji,
    Apatah lagi rakyat jelata dan orang biasa,
    Ujian mereka bertimpa-timpa,
    Ujian-ujian itu pula banyak caranya,
    Bukan satu perkara,
    Diantara ujian-ujian itu, sakit yang bermacam-macam jenis,
    Miskin, papa,
    Orang kata, orang hina, hasad dengki manusia
    Dilanggar kereta, jatuh daripada tempat tinggi,
    Patah kaki, kematian keluarga, bencana alam,
    Yang sering terjadi kepada manusia,
    Peperangan yang berlaku dikalangan manusia,
    Berbagai-bagai jenayah yang terjadi didalam kehidupan manusia,
    Ujian itu tidak ada seorang manusia yang terlepas darinya,
    Kalau begitu, dimana kebahagian manusia,
    Kadang-kadang ujian itu bertimpa-timpa,
    Bukan satu sahaja,
    Adakalanya ujian itu disamping sakit, miskin pula,
    Orang kata dan orang hina,
    Kalau orang tak kenal Tuhan, tak faham kerja Tuhan,
    Tidak tahu hikmah sebab Tuhan jadikan,
    Manusia akan kecewa, sakit jiwa,
    Ada yang akan putus asa, bunuh diri,
    Kemudian diakhirat masuk neraka,
    Kalau manusia kenal Tuhan, faham peranan Tuhan,
    Faham hikmah mengapa Tuhan adakan ujian,
    Mereka masih ada hiburan,
    Mereka masih ada kebahagian,
    Contoh: diuji manusia penghapusan dosanya,
    Diuji manusia nak dibanyakan pahalanya,
    Diuji manusia diakhirat kesyurga nak diberi istimewa,
    Manusia diuji, nak ditinggikan darjat diakhirat sana didalam syurga,
    Tuhan kurangkan didunia, nak dilebihkan diakhirat sana dengan syurga yang tak ada tandingannya,
    Diuji manusia dengan berbagai-bagai ujian,
    Kalau manusia redha, dianggap ibadah kepadanya,
    Apa yang kita ceritakan,
    Bukankah itu hiburan kepada manusia?
    Kalau manusia itu faham peranan Tuhannya,
    Bukankah ujian itu penghibur lara kepada jiwa manusia?
    Kalau manusia fahamlah tentang Tuhan, kesusahan itu adalah hiburan kepada mereka,
    Kalau begitu keadaan manusia, tak ada sebab nak dukacita,
    Lebih-lebih lagi sampai berputus asa,
    Apa yang Tuhan lakukan kepada kita itu kalau kita faham,
    Semuanya kebaikan untuk kita,
    Kalau kita faham semua itu, itu khabar gembira,
    Kalau kita faham itukan kebahagian manusia,
    Kalau kita faham baiknya Tuhan kepada kita,
    Susah pun kita ditimpa Tuhan, semuanya itu menguntungkan kita,
    Kalau kita sabar dan redha,
    Kalau begitu bergembiralah dengan ujian,
    Itu adalah khabar gembira dari Tuhan.


    [Continue reading...]